Kisah Nabi Muhammad SAW
Pada
waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang
bayi
yang mulia pada tanggal 17 Rabiul Awal (12 Rabiul awwal menurut mazhab sunni) tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan akan membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib, ia wafat pada umur 20 tahun sebelum baginda dilahirkan yaitu sewaktu baginda berusia 7 bulan dalam kandungan ibunya. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’bah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah ada sebelumnya.
yang mulia pada tanggal 17 Rabiul Awal (12 Rabiul awwal menurut mazhab sunni) tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan akan membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib, ia wafat pada umur 20 tahun sebelum baginda dilahirkan yaitu sewaktu baginda berusia 7 bulan dalam kandungan ibunya. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’bah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah ada sebelumnya.
Selepas
itu, Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu
Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan
bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhirnya
tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada
mulanya tidak mau menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun
begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan
akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan,
kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda
telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda
kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah
Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada
usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai
lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad.
Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyadari akan kejadian tersebut.
Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut
lalu mengabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad,
namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad
tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu
baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik dari
Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada kakeknya
Abdul Mutallib di Makkah.
Kakek
baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya
itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-saudaranya, mereka ditemani oleh
Ummu Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapak baginda.
Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah
sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang ke
Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang
memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika
mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di tempat bapaknya. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu
Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang
anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan kakek yang dicintainya dan saudara
bapaknya.
Abdul
Mutallib Wafat
Kegembiraannya
bersama kakek baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia delapan
tahun, kakek baginda meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa,
pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia
selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tamu yang berziarah dan
membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad
diasuh oleh Abu Talib
Selepas
kewafatan kakek baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapaknya untuk menjaga
anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu dibanding saudaranya
yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia
menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad
yang mulia.
Pada
suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad
berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat
melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu
Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhawatirkan orang-orang
Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu
Talib mengikuti nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari
perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang
ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh
penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda
juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing
keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung
tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh
dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada
perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelar yang diberikan yiaitu “Al-Amin”.
Selepas
baginda mulai meningkat dewasa, baginda disuruh oleh saudara bapaknya untuk
membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan
dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur.
Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda
sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk manikah dengan
Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40
tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu
berlangsunglah pernikahan mereka berdua. Mulailah lembaran baru dalam kahidupan
Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri. Khodijah melahirkan enam orang anak,
dua putra, Qasim, dan Abdulah, yang dipanggil At-Thayyib, dan At-Thahir. Tiga
orang putrinya masing-masing Ruqayyah, Zainab, Ummu Kaltsum, dan Fatimah. Kedua
anak laki-lakinya meninggal sebelum Muhammad diutus menjadi Rosul.
Turunnya
Wahyu Pertama
Pada
usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai
nabi. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan senantiasa merenung dalam
kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah
Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Al Quran yang pertama
diturunkan kepada Muhammad.
“Bacalah
dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)
Rasulullah
pulang dengan penuh rasa gemetar lalu diselimuti oleh Khadijah yang coba
menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada
Khadijah tentang kejadian yang telah berlalu.
Kemudian
baginda mulai berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya
untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah
berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian
baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan
ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan
keluarganya saja.
Dakwah
Secara Terang-terangan
Setelah
turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan,
maka Rasulullah pun mulai menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
“Maka
sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)
Namun
begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, saudara bapak
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak
saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan
tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan
Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai
saudara bapakku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan
kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya
sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karenanya”
Baginda
menghadapi berbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemohan dan ejekan dari
penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman kepada Allah.
Bukan Rasulullah saja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasakan penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin
Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya
Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah
amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana
baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu
makin bertambah ketika isteri kesayangannya wafat pada tahun kesepuluh
kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan agama
Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu
menghibur Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada
tahun itu juga saudara bapak baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil
juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasakan oleh
Rasulullah karena kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah
Ke Madinah
Tekanan
orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas
kepergian isteri dan saudara bapak baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan
untuk berhijrah ke Madinah.
Rasulullah
disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum
Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan
baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara
Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara
Islam Madinah
Negara
Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan dari kaum Quraisy di
Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain.
Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menumbuhkan sebuah negara Islam
yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan
syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua
rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun
atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandung beberapa fasal
yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan
merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan
piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam
adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat
penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah
menyertai 27 kali ekspedisi tertera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam.
Peperangan yang ditempuh baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud
(624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun
tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada
tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk
Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah
telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota
Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang
terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan
pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah
menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga
telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda
baginda yang bermaksud:
“Wahai
sekalian manusia, ketahuilah bahwa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah
daripada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di
antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah
tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya
selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, yaitu kitab al-Quran dan
Sunnah Rasulullah.”
Wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w
Baginda
telah wafat pada bulan Juni tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda
wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara.
Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah
contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Ditulis
dalam kisah 25 nabi dan rasul
Tidak ada komentar:
Posting Komentar