Selasa, 15 November 2011

KLASIFIKASI HORMON


KLASIFIKASI HORMON

·         Hormon perkembangan/Growth hormone – hormon yang memegang peranan di dalam perkembangan dan pertumbuhan. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar gonad
·         Hormon metabolisme – proses homeostasis glukosa dalam tubuh diatur oleh bermacammacam hormon, contoh glukokortikoid, glukagon, dan katekolamin
·         Hormon tropik – dihasilkan oleh struktur khusus dalam pengaturan fungsi endokrin yakni kelenjar hipofise sebagai hormon perangsang pertumbuhan folikel (FSH) pada ovarium dan proses spermatogenesis (LH)
·         Hormon pengatur metabolisme air dan mineral – kalsitonin dihasilkan oleh kelenjar tiroid untuk mengatur metabolisme kalsium dan fosfor.



Kelenjar
Hormon yang dirembeskan
Fungsi
Pituitari
 
(Kelenjar agung)
a. Hormon pertumbuhan (GH)
Merangsang pertumbuhan badan
b. Hormon perangsang tiroid (TSH)
Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina.
c. Hormon antidiuresis (ADH)
Merangsang penyerapan semula air dari tubul ginjal.
d. Hormon perangsang folikel (FSH)
Merangsang perkembangan folikel Graaf dan tubul semen.
e. Hormon peluteinan (LH)
Menyebabkan pembebasan ovum daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum.
Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.
f. Hormon adrenokortikotrof (ACTH)
Merangsang  korteks adrenal menghasilkan hormon.
g. Hormon prolaktin
Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu.
h. Hormon oksitosin
Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin.
Tiroid
Tiroksina
Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria.
Mengawal aras aktiviti, menggalakkan  pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental. 
Kelompok sel Langerhans dalam pankreas
Insulin 
Glukagon
Menyebabkan penukaran glikosa kepada glikogen.
Menyebabkan penukaran glikogen kepada glukosa.
Adrenal
Adrenalina  
 
 
Aldosteron
Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah.
Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium.
Ovari
Estrogen  
 
 
Progesteron
Merangsang  perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada. 
Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus.
Testis
Testosteron
Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar.
Merangsang spermatogenensis.

1 komentar:

  1. Terimakasih banyak atas infonya ^_^,, sangat membantu dalam memahami endokrinologi,, semga mendapatkan amal jariyah ^_^

    BalasHapus